5hb Dis, Putrajaya - Peminat kereta model kelisa yang diubahsuai kepada sebuah kereta mini yang dipanggil mira gino telah berjaya dikumpulkan dan disatukan dalam satu majlis "Gathering Mega TT Gino Malaysia 2010" di Putrajaya baru-baru ini. Program ini adalah anjuran dari Gino Modification Commnuty yang merupakan sebuah komuniti yang berasaskan gino telah bertindak sebagai penganjur. 


Kehadiran kereta "Gino" dari pelusuk semenanjung Malaysia telah disatukan dan ditemukan di Lokasi Presint 3, Putrajaya.. Sejumlah 43 buah kereta Gino yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Perak. Kehadiran juga keluaran Gino yang mempunyai 2 pintu. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengumpulkan sebilangan kereta Gino selain berkongsi pendapat dan idea serta bertukar pandangan dan hala tuju perjalanan peminat Gino ini.


Model Daihatsu Mira Gino mempunyai lebih 5 jenis.. antaranya Basic pack, Minilite, Minilite version Turbo, Gino 1000, dan DCN. Hanya dibezakan dengan aksesori tambahan. Model Gino ini adalah keluaran asas dari model Daihatsu yang sememangnya popular di Jepun. Kereta Gino ini mula mendapat tempat ketika tahun 2003 sehingga mendapat sambutan terus menerus sehingga kini. Antara pelopor utama peminat Gino adalag Sdr. Fairuz, Sdr. Ejam, Sdr. Bojan, Sdr. Eddy sebelum disambung tradisi kepada Sdr. Ijal..

Diharapkan event seperti dalam diteruskan pada masa akan dtg. Berikut disertakan sedikit gmbar untuk tatapan .. 




by: Milmo Ginojb