9 Julai 2011, Bandaraya Kuala Lumpur. Berlaku satu fenomena yang telah mencipta sejarah di dalam negara kita. "Bersih" itulah perkataan yang sering diperkatakan di dunia termasuk warga asing.. Perhimpunan yang meletakkan kepada keadilan dan undi bersih dalam pilihan raya akan datang.

Hehehe.. Macam orang politik lak.. apa2 pun sebagai rakyat harus menilai dengan sebaik-baiknya.. Al-fatihah diucapkan kepada Allahyarham yang meninggal dunia semasa perhimpunan yang lalu. Sebelum hayatnya, beliau sempat mengimamkan sebahagian peserta perhimpunan di jalanan. Inilah anugerah Allah dan ketentutanNya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama org yang beriman. InsyaAllah..

Kenapa mesti perhimpunan ini perlu diadakan? Adakah hanya untuk memprovokasi sesetengah parti? atau sememangnya hasrat rakyat sendiri melihat pemilihan PRU akan datang. Jadi sebagai rakyat yang kini lebih profesional dalam menentukan sesuatu keputusan, tunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. InsyaAllah. Semoga Allah melindungi tanah air Malaysia..


p/s : No kOmen..