Kalau nak diikutkan perjalanan bola sepak Malaysia 10 tahun dahulu memang tak boleh nk cakap. Sbb bila sebut saja team bola sepak Malaysia, confirm org akan pandang jauh ketinggalan. Yelah, mana taknya prestasi pemain jgk tak beri kesan langsung kepada perkembangan bola sepak kini. Waktu kejohanan kelayakkan Piala Dunia 1998 lagi, prestasi pasukan Malaysia semakin hanyut. Klu dibincangkan dari segi kepimpinan jurulatih, Malaysia sudah berganti pelbagai jurulatih tetapi tiada yang dapat ditonjolkan. 

Tapi, tahun 2010 inilah, dapat lihat kematangan anak muda utk menggalas tanggungjawab bagi memberikan impak dalam bola sepak negara semasa penampilan di Sukan SEA. Walaupun masa awal tahun Malaysia dilayan seperti mainan di dalam kejohanan termasuk Sukan Olimpik. (Komenvel, Pesta Bola Merdeka, Piala Asia). Macam mana pun setiap kejohanan asia yang ada tetap akan disertai walaupun ade orang ckp suruh FAM menghantar pasukan negara berlatih dahulu, dan tak layak bertanding dalam kelompok asia. Tetapi FAM abaikan saje desas desus itu bila melihat prestasi anak muda di Sukan SEA baru-baru ini yang membawa pasukan Malaysia layak ke suku akhir. 


Piala Suzuki AFF 2010 kali ini telah memberi seribu kemanisan dan kebangkitan Harimau Malaya. Dah lama, taring Harimau Malaya tak nampak dan sekarang barulah nampak mana taringnya dengan anak-anak muda. Start kejohanan Malaysia kalah teruk dengan Indonesia  5-1 di Jakarta. Pastu penyokong Malaysia letakkan harapan nk tgk balik perkembangan bila menentang Thailand. Tapi dapat la seri 0-0.

Strategi yang diatur dan disusun oleh Jurulatih K.Rajagobal bagus, aku puji sangat sbb membuahkan hasil bila Malaysia membelasah Laos 5-1 dan layak ke separuh akhir. Semangat penyokong malaysia bertambah bila Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil dgn jaringan cantik dan seri 0-0 di Hanoi dengan agg. 2-0. 


Final Piala Suzuki AFF 2010, seribu tekanan utk pasukan Malaysia bila dilabelkan sebagai "PeLaser" sbb didakwa ada penyokong yang guna laser untuk bagi mata pemain ni silau tak nampak termasuk penjaga gol. apa dah.... itu pun nk kecoh.. Lagi jelas bila Final di Bukit Jalil terpaksa berenti selama 5 minit sebab penjaga gol Indonesia, Markus, bgtaw terkena pancaran laser. Hahaha..

Tapi, keyakinan pemain aku tgk semakin jelas dan memberikan persembahan terbaik bila perlawanan bersambung, pasukan negara berjaya meledakkan gol oleh Mohd Safee utk gol pertama. Kelincahan pemain negara terus nampak terserlah dengan gol kedua dan tandukkan kemas untuk gol ketiga. 


Membawa bekalan 3-0 kemenangan di Bukit Jalil belum cukup untuk julang piala. Perlukan lagi semangat untuk perlawanan kedua di Jakarta. 1st half tgk pemain Indonesia banyak menguasai sampai pengadil hadiahkan sepakan penalti sbb terkena tangan pemain perthanan. Tapi tabik spring kat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi. Dapat tu dia tangkap.. Hebattt... 


Babak kedua apabila, Malaysia menggegarkan semua penyokong dengan menjerit sekuat hati .. Hahahahahaha.. bila penyerang berbisa Mohd Safee menjaring gol pertama. 10 minit sebelum perlawanan berakhir, tgk pemain malaysia dah penat dan makin mudah untuk Indonesia menyamakan kedudukan dan mendahului dengan gol sendiri pasukan Malaysia. kesudahannya kalah 2-1.


Walaupun kalah, tp Malaysia tetap dinobatkan sebagai Juara Piala Suzuki AFF 2010 dengan aggr 4-2. Tahniah diucapkan kepada pemain, jurulatih dan semua yang menyokong. Dan diharapkan kekalkan prestasi ini untuk kejohanan akan datang.. Tahniah........


p/s : Barulah aku semangat kembali nk sokong pasukan Malaysia. esok nak cari baju bola team Malaysia.. Yeaah...